Bakal Menemui Anda!
November 18, 2009
Posted by c's in PERUBATAN
2. Rekabentuk iklan- c's *subhanallah, takde idea langsung sekarang. Kering!*
3. Jual kecil-kecilan sementara buku belum sampai Muhafazah lagi dan iklan belum siap lagi
4. Oh, bahan yang Mansurah mintak belum dibuat. Tak mencare pun lagi*-*
5. TIBBians 5 in progress. Chip xm ari nih, back up dulu sementara siap
Waaa.. dah cuti seminggu sebelum exam Pharma 16hb lepas. Ketua BPP pula exam 23 n 25.. mengamalkan sistem giliran~Buku dah dua minggu siap tapi tak sempat nak reka bentuk lagi. Designer mantap macam Umar n Chep bz untuk projek Kalendar n Planner.
warggh.. kami kekurangan orang!~ tolong!
Orang Ada Allergy Dengan Huruf P ke?
Posted by c's in PERUBATAN
PERUBATAN
PM**M
P*S
Itu ke yang orang allergic?
Pelik sangat..
Itu ke sebab semua orang nak buli?
Aaaaaaaaaaaaa~
Tolong~
Jom usul.. Tukar nama PERUBATAN kepada Misr Slanga sikit, BERUBATAN~ allergic lagi ke?
*Berkat keserabutan yang teramat sangat.. banyak benda ditangguhkan dan bertukar menjadi cumulative~ + dengan keciciran brooch pemberian Huda dari Myanmar.. aaaaaaaaaaaaargghh! Cukup tension!*
p/s ada sesuatu yang menarik. Tapi nantilah saya kongsi~
Things to do esok
1. Household chores
2. Kelas
3. Jumpa adik-adik Jabatan Perhubungan Awam BPP
4. Menyibuk Qiam di Asyir
Pelajar 15 Tahun Cemerlang SPM
November 16, 2009
Huh. Maryam Fatini Ain Shams rupanya hanyalah berusia 15 tahun sewaktu beliau mengambil SPM pada 2007 *-*. Bila jumpa beliau, lagaknya sama sahaja seperti junior lain, sopan dan easy going sewaktu bertemu dan berbual. Unless korang yang sombong, beliau akan kelihatan pendiam :D Klik untuk paparan besar ye.


Tiba-tiba reveal cerita macam nih
Takde.. saya sendiri merasa pelik.. ramai yang saya kenal hebat-hebat.. tapi kebanyakan mereka juga tidak diketengahkan untuk memberikan peluang dan ruang untuk mereka mengembangkan potensi mereka dalam menyumbang kepada masyarakat dan agama, dan spesifiknya di sini PERUBATAN lah kan.
Satu kerugian, apabila kebanyak perkara dilakukan oleh yang sama walhal masih banyak lagi sumber tenaga dan potensi-potensi yang boleh diterokai.
Kurang popular?
Lainlah macam saya nih, tak pernah bagi tazkirah dalam kelas.. kat mana-mana depan.. dan hidup penuh kehampehan pun orang nampak, celah mana mereka memandang, saya pun tak tahu~.. bujet kuat pengaruh la

Kekurangannya, seandainya pengaruh itu datang dari seorang yang tidak al-amin.. sama seperti kuasa, ia mampu membawa kemudharatan.. dan apa yang lebih parah.. ialah orang yang menyebarkan pengaruh dan idealisme.. tidak mengetahui sesungguhnya apa yang dibawanya itu membawa implikasi negatif dan komplikasi kepada orang lain. Justeru, saya sendiri tidak suka akan kemampuan pengaruh ini, kalau boleh saya nak kempis-kempiskan dia, supaya orang menilai sesuatu pada benda berdasarkan perkara itu sendiri, dan bukannya kepada kemampuan ejen-ejen pembawa dalam mempersembahkannya.
[Pautan luar tak berkaitan : Artikel Abu Saif mengenai kepimpinan Ulama']
Diam-diam ubi berisi. Kalau Cikgu Che'ng, guru fizik saya dahulu tak suka pepatah nih. Katanya kalau diam, kita tak tahu ubi itu ada isi ke tak~
Okaylah, bersesuaian dengan matlamat saya untuk pilihanraya PERUBATAN nih, adalah untuk memperkenalkan calon-calon dari Ain Shams dan Azhar. Saya semakin giat mencungkil permata-permata nih.. bukan senang nak tengok.. SB pun kena ramai~ anyway, adik-adik JPA, Universiti Kaherah, halal ye akak tak lobi korang.. dan target saya juga untuk sahabat-sahabat kita di Iskandariah, Tanta, Mansurah dan Zagaziq untuk mempertimbangkan nama-nama ini untuk kertas pencalonan dan pembuangan undi mereka~
Tahniah saya ucapkan kepada PCT atas pencalonan yang dah selesai. Klik sini untuk blog MTC PCT
All da best untuk PCT esp Kak Ja n Kak Amani! [sebut, sebab kenal diorang je :D]
p/s best gak jadi auto ajkt nih, boleh melobi secara besar-besaran. JPP, boleh kan? Ke ada tindakan tatatertib nanti?:D
Kalam Lutfi
November 14, 2009
Nama saya Radin Lutfi Hadi bin Radin Amran Yasin. Saya adalah adik kepada Luqman dan nama ibu saya Fazdilah. Saya lahir pada bulan Julai dan kiranya saya berumur 4 bulan~ dan adalah cucu termuda Mbah Radin Monawir
Lutfi adalah nama pilihan ibu saya dan Hadi adalah dari abah saya yang juga membawa nama moyang saya.. iaitu Radin Hadi Munir.
Abah saya kini ada di Adabiya Shore [Situated on the western shore of Suez by, 9 - 6 km
SW of Port Tewfik (Suez Docks)] tapi nampaknya tak sempat untuk melawat lek [mak cik] saya di Kaherah kerana abah berada di darat sekejap sahaja. Oh, selamatlah abah tidak sempat melawat lek.. kerana kemungkinan juga lek mahu ikut abah balik! :D
Hee.. sempena dengan raya korban ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.. sesungguhnya Pengorbanan Manifestasi Kehambaan, Kebersamaan Pemangkin Kekuatan!
Wassalam
Kerana saya percaya!~
November 10, 2009
Salam.
Orang sibuk dengan nama-nama untuk Presiden, tapi saya lebih berminat untuk melobi untuk calon baru dari kalangan adik-adik terutama dari Ain Shams dan Azhar.
Dua sesi kebelakangan ini menampakkan dominasi dari Universiti Kaherah terutama sesi 08/09/10. Sudah tiba masa kita mencorak kembali suasana Kaherah ini dengan memberi harapan baru melalui wajah-wajah baru serta sentuhan yang lebih segar.
Champion IIUM Debating Championship 2006-Malay Category
Among 3 Overall Best Speakers IIUM Debating Championship 2007-Malay Category
Champion Debat Piala Perdana Menteri 2007-Malay Category

Pic is taken from here
more stories here [banyaknye dak nih masuk paper~]
klik sini untuk mengetahui lanjut tentang Piala Tun Sri Lanang UIAM
p/s dak2 kisas yang kenal Kak Naili Jaafar SPM 2004, Dahlia adalah adik kepada Kak Naili~
*-*-*-*-*
Tahun 2
Universiti AlAzhar
Presiden Badan Agama Islam Sekolah Seri Puteri Cyberjaya 2007
Pengawas Biro Kerohanian SSP Cyberjaya 2007
Naib Presiden Alumni Pelajar Islam SBP (APIS) 2007
info: APIS kami bermula pada batch SPM 2006. Blog pertama
Testimony from Amie [Timb Ketua Pelajar SSP 2006.. Amie kat Notts eh skg?] :Hani is a good follower.. a good leader needs to be a good follower 1st. Thus, she's a good leader!~
Disebabkan saya pun baru juga kenal beliau, tak banyak yang saya tahu. Saya mula tertarik dengan cara beliau sewaktu menjadi moderator Forum PSMB MARA Oktober lepas. Mahu lihat tulisan beliau? Sila klik!
apsal respon orang luar Mesir lebih hebat dari orang yang bakal mencalon n mengundi?~
Nama-nama ini nampaknya lebih terkenal di persada antarabangsa berbanding di Mesir sendiri.. aih~
Dan sebenarnya harapan saya untuk sahabat-sahabat saya melihat permata yang berkilau di mata saya untuk kerusi AJKT ini.. untuk di adik-adik JPA, saya percaya ramai yang akan melobi untuk mereka. Dan mungkin harapan saya untuk mereka yang saya lobi ini mampu membawa harapan baru kepada kebersamaan Kaherah, Ain Shams dan Azhar. Moga-moga salah seorang daripada mereka memegang portfolio Penerbitan dan Penerangan.. ameen
Mahu lagi?
Tunggu saya ada idea. Yang pastinya saya mengharapkan Ain Shams dan Azhar mengambil bahagian dalam sesi pilihanraya ini demi memastikan apa yang kakak-kakak dan abang-abang kita bina selama sebelum ini terus berkesinambungan.
:)
Ahmad Umair bin Zubir
405 KISAS 05, 505 KISAS 06, Pasukan Debat BM KISAS untuk Piala UIAM 05-06, UKM 05, PPM 2006, Timb SU Agung BADAR KISAS (=P)
atas kemenangan beliau untuk Kerusi Umum MPP UTP dan menjadi Timb Pres MPP UTP. Tahniah. Berita lanjut di sini.
Diari Budak Kampung I
November 9, 2009
Berjalan panatas merentasi Sungai Nil setiap hari melakar rutin seorang pelajar. Hari ini agak lewat ke kuliah. Kadang fizikal terasa terlalu penat, hati selalu resah. Dunia dewasa tidak semudah melakar impian di sudut anganan.
Tapi aku tidak pernah mengimpi yang terlalu indah, kerana khuatir impi mencorak harapan yang kosong bakal menjemput hati yang punah. Anak kampung. Tangan menguis tanah, mencabut rumput, bergelumang dengan pasir dan lumut, parit menjadi tempat persinggahan, pokok menjadi tempat permainan, katak dan unggas menjadi rakan seperbualan.
Cukup beda hidup dengan orang yang berkeberadaan. Mahu belajar apa? Ungkapkan sahaja, bisa dituruti. Ilmu mampu menjadikan manusia mengikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Juga mampu membentuk manusia yang memikirkan kepentingan diri, meletakkan kejayaan pada pundak tertinggi, tapi di sekitarnya habis musnah tidak terdiri. Antara mereka tidak pernah kenal apa itu hidup dalam kekurangan dan kesusahan atau sudah tidak lagi berpijak di bumi sendiri.
bersambung...
Appreciate Each Dollar
November 1, 2009








