Hye.. salamullahi alaikum ~

Nama saya Radin Lutfi Hadi bin Radin Amran Yasin. Saya adalah adik kepada Luqman dan nama ibu saya Fazdilah. Saya lahir pada bulan Julai dan kiranya saya berumur 4 bulan~ dan adalah cucu termuda Mbah Radin Monawir

Lutfi adalah nama pilihan ibu saya dan Hadi adalah dari abah saya yang juga membawa nama moyang saya.. iaitu Radin Hadi Munir.

Abah saya kini ada di Adabiya Shore [Situated on the western shore of Suez by, 9 - 6 km
SW of Port Tewfik (Suez Docks)] tapi nampaknya tak sempat untuk melawat lek [mak cik] saya di Kaherah kerana abah berada di darat sekejap sahaja. Oh, selamatlah abah tidak sempat melawat lek.. kerana kemungkinan juga lek mahu ikut abah balik! :D

Hee.. sempena dengan raya korban ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.. sesungguhnya Pengorbanan Manifestasi Kehambaan, Kebersamaan Pemangkin Kekuatan!

Wassalam